Selamat datang ke Indivior.

Suatu hari ketagihan tidak lagi akan dilihat menerusi lensa cemuhan dan penghinaan sosial. Suatu hari ketagihan tidak lagi menjadi satu krisis kemanusiaan sejagat. Kami di Indivior membayangkan suatu hari apabila semua pesakit di serata dunia akan memiliki akses tanpa batas kepada perkhidmatan rawatan berkualiti tinggi untuk keadaan kronik berulang dan komorbiditi ketagihan. Hingga hari tersebut menjelma, kami akan terus merintis rawatan yang mengubah kehidupan. Dengan bantuan ahli profesional penjagaan kesihatan, komuniti kesihatan awam, penggubal dasar, pembayar, dan orang seperti anda, kami akan mengatasi halangan kepada rawatan untuk jutaan manusia di seluruh dunia yang paling memerlukannya.

Ini adalah wawasan kami. Kami adalah Indivior dan kami akan sentiasa berpegang pada prinsip Anda fokus kami .

Untuk mencapai wawasan ini, kami komited untuk menyajikan kandungan laman web kami kepada anda dalam BAHASA MELAYU. Seperti yang boleh anda bayangkan, melaksanakan jenama seluruh dunia akan mengambil masa. Tatkala kami berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menterjemah laman web kami, anda dipelawa untuk mengunjungi laman web A.S. kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami.

PERTANYAAN PRODUK ATAU KEJADIAN BURUK

Keselamatan pesakit adalah bukan setakat kewajipan … ia merupakan satu tanggungjawab.

Kerjasama anda dalam melaporkan kebimbangan produk atau kejadian buruk memainkan peranan penting dalam misi kami untuk memastikan semua pesakit berpeluang untuk mendapatkan rawatan berkualiti tinggi. Kami menggunakan setiap peluang untuk memantau keselamatan pesakit dengan alatan yang bersesuaian.

Untuk apa-apa maklumat berkaitan keselamatan, aduan produk, memohon maklumat perubatan, atau melaporkan kejadian buruk, sila hubungi:

Bagi Amerika Syarikat dan Kanada:

PatientSafetyNA@indivior.com
Telefon: 1-877-782-6966

Bagi negara-negara lain:

PatientSafetyROW@indivior.com
Telefon: +800 270 81 901 (Nombor bebas tol antarabangsa, didahului oleh kod negara)